LONDON: Britain mengumumkan pelan menempatkan militan Islam dalam unit berasingan daripada tahanan lain, selepas penilaian mendapati beberapa pesalah berkarisma berjaya mempengaruhi ramai banduan Islam.
Kajian merumuskan 'sensitiviti budaya' dalam kalangan kakitangan Perkhidmatan Pengurusan Pesalah Kebangsaan terhadap banduan Islam keterlaluan dan 'boleh menghalang konfrontasi berkesan mengenai pandangan militan.'
"Ada segelintir individu yang sangat subversif, perlu diletakkan dalam unit berasingan," kata Setiausaha Kehakiman, Liz Truss, kepada Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).
Walaupun laporan itu dirahsiakan, rumusan kajian penilaian mencadangkan pengenalan unit khas dalam usaha menghentikan sebilangan kecil banduan dapat dipengaruhi tahanan lain.
Laporan itu dikeluarkan sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas pendakwah radikal Islam terkenal di Britain, Anjem Choudary. Choudary, yang disabitkan bersalah menggalakkan sokongan kepada IS, akan dijatuhkan hukuman September ini. - AGENSI
Britain Asingkan Militan IS Daripada Banduan Lain
Reviewed by Unknown
on
August 23, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
August 23, 2016
Rating:

No comments: