Seo Services

Hubungan Dua Hala 3 Brided Dan TNI-AD


KUCHING : Panglima 3 Briged Brigadier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin menerima kunjungan hormat daripada Delegasi Korem 121 ABW yang diketuai Brigader Jeneral Widodo Iryanshah bersama 10 pegawai ke Markas Briged 3 Infantri Malaysia Kem Penrissen sebentar tadi.

Ketibaan Widodo disambut dengan perbarisan hormat serta sesi suai kenal pegawai tertinggi.

Dalam lawatan tersebut, kedua-dua mereka akan mengadakan mesyuarat dua hala antara Tentera Darat Malaysia (TDM) yang diwakili 3 Briged bersama Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD).

Tujuan utama perbincangan adalah melibatkan Patroli Terkoordinasi atau Rondaan Bersama di sempadan kedua-dua negara dan aktiviti anak asuh (Program Anak Angkat).

Mesyuarat yang diadakan setahun sekali ini akan memberikan impak positif kepada kedua-dua buah negara dalam terus menjalinkan hubungan dua hala yang harmoni dan utuh.

Dalam aturcara lawatan tersebut, Widodo akan hadir bersama Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw dalam satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada sebelah malam nanti. -Sarawakiana
Hubungan Dua Hala 3 Brided Dan TNI-AD Hubungan Dua Hala 3 Brided Dan TNI-AD Reviewed by Unknown on August 24, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.