Seo Services

Iran Tahan 450 Pengguna Media Sosial


TEHRAN: Iran 'menangkap' kira-kira 450 pengguna media sosial berhubung aktiviti online mereka, menurut laman web yang ada kaitan dengan Pengawal Revolusi.

Sayap siber unit tentera elit itu, Gherdab, menangkap mereka yang disasarkan ialah yang mengendalikan laman di rangkaian sosial, termasuk aplikasi telefon pintar seperti Instagram, Telegram dan WhatsApp.

"Mereka ini melakukan aktiviti tidak bermoral, menghina kepercayaan agama atau melakukan aktiviti tidak dibenarkan dalam industri fesyen," menurut Gherdab.

Menurutnya, suspek akan dibicarakan tanpa menjelaskan berapa ramai yang ditahan. Pihak berkuasa Iran sudah lama cuba mengenakan sekatan ke atas penduduknya yang menggunakan media sosial.

Facebook dan Twitter diharamkan di negara itu walaupun pengguna masih boleh mendapat akses dengan perisian yang mudah didapati dan murah.

Namun aplikasi seperti Telegram, Instagram dan WhatsApp dibenarkan di Iran dan amat popular.

Lebih separuh daripada 80 juta rakyat negara itu menggunakan internet, dengan Telegram saja memiliki lebih 20 juta pengguna. - Agensi

Iran Tahan 450 Pengguna Media Sosial Iran Tahan 450 Pengguna Media Sosial Reviewed by Unknown on August 24, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.