Seo Services

Kadar Jenayah Menurun


KUCHING: Kadar jenayah di bandar raya ini mencatatkan penurunan 14 peratus setakat 29 Ogos tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 1,042 kes direkodkan sementara 1,224 tahun lalu.

"Statistik ini menunjukkan penurunan 182 kes atau penurunan 14 peratus. Kejayaan mengurangkan kadar jenayah ini adalah kejayaan semua warga IPD Kuching," katanya.

Sementara itu, menurut Abang Ahmad lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai sistem pemantauan yang mantap dalam aspek pengurusan kepolisan dengan adanya peraturan, arahan, perintah tetap, prosedur dan manual kerja yang komprehensif untuk dijadikan rujukan dan panduan.

"Kealpaan serta kuranya pengetahuan tentang perkara ini adalah punca kepada pelanggaran tatakerja yang sering menyebabkan pelbagai masalah yang menjejas prestasi individu dan imej pasukan PDRM," ujarnya. -Sarawakiana.
Kadar Jenayah Menurun Kadar Jenayah Menurun Reviewed by Unknown on August 30, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.