Seo Services

Korea Utara bidas PBB, ancam AS

SEOUL: Korea Utara menyatakan ia mempunyai keupayaan untuk menukar tentera di Amerika Syarikat dan Pasifik menjadi abu dalam sekelip mata.

Korea Utara membuat ancaman berkenaan dalam surat yang dihantar kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam bagi mengutuk kenyataan badan dunia itu baru-baru ini yang mengecam ujian peluru berpandu balistik terbaharu Pyongyang.

"Korea Utara mempunyai keupayaan secukupnya untuk menghancurkan kuasa ketenteraan di tanah besar AS dan medan operasi di Pasifik hingga menjadi abu dalam sekelip mata," menurut isi kandungan surat yang ditulis Kementerian Luar Pyongyang.

Jumaat lalu, 15 anggota Majlis Keselamatan PBB, dalam satu kenyataan sebulat suara yang dirangka Amerika Syarikat dan disokong China, menyatakan "kebimbangan yang serius" mengenai empat pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara pada Julai dan Ogos.

Pyongyang turut merujuk kutukan PBB itu sebagai "pencetus permusuhan" oleh Amerika Syarikat yang boleh memusnahkan Washington.

Utara turut menuduh majlis sengaja mengabaikan aduan yang dihantar oleh kerajaan Pyongyang berikutan latihan ketenteraan bersama AS-Korea Selatan yang sedang berlangsung di rantau ini.

"Ini adalah satu tindakan menyalahi undang-undang yang diambil oleh badan dunia itu untuk memihak kepada AS ketika hubungan DPRK dan AS berdepan kebuntuan dan layanan berat sebelah," menurut kenyataan itu.

Rabu lalu, Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu balistik kapal selam dari timur pantainya selepas Amerika Syarikat dan Korea Selatan memulakan latihan tahunan ketenteraan mereka. - Agensi/BH

Korea Utara bidas PBB, ancam AS Korea Utara bidas PBB, ancam AS Reviewed by Admin on August 30, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.