SINGAPURA - Atas nasihat doktor Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong akan bercuti sakit dan akan bertugas semula pada 29 Ogos, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Dalam kenyataan hari ini, PMO berkata, Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean akan menjalankan tugas Perdana Menteri sepanjang ketiadaannya.
Menurut PMO Hsien Loong menjalankan siri pemeriksaan di Hospital Besar Singapura malam tadi dan pagi ini.
"Perdana Menteri tiba-tiba kurang sihat ketika berucap pada Perhimpunan Hari Kebangsaan berikutan tekanan darah yang rendah, kerana berdiri lama, keletihan dan dehidrasi.
"Doktor telah mengesahkan tiada masalah ketaknormalan jantung dan tiada strok," katanya. - Bernama
PM Singapura cuti sakit
Reviewed by Admin
on
August 22, 2016
Rating:
Reviewed by Admin
on
August 22, 2016
Rating:

No comments: