Najib Saksi Perjanjian Pembelian Enjin Pesawat

Seo Services
Foto Bernama
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Malaysia Airlines Berhad (MAB) dengan syarikat subsidiari General Electric (GE), CFM International bagi pembelian enjin LEAP-1B untuk 25 pesawat Boeing 737 MAX.

Perjanjian pembelian yang bernilai AS$630 juta (RM2.6 bilion) itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengarah Urusan Kumpulan MAB, Peter Bellew; Pengurus Besar Asia Pasifik CFM International, Chris Drewer dan Presiden GE ASEAN, Wouter Van Mersch.

Hadir sama menyaksikan majlis itu adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Pengerusi MAB, Tan Sri Mohd. Nor Mohd. Yusof dan Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif GE, Jeff Immelt.

Enjin generasi baharu LEAP yang dijadualkan penghantaran pada tahun 2020 itu mempunyai pelbagai kelebihan, termasuk lebih aerodinamik selain menjimatkan bahan api sebanyak 15 peratus dan kos penyelenggaraan rendah.

Dalam majlis itu, MAB turut menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan GE untuk bekerjasama dalam bidang pembangunan kepimpinan berterusan. - UTUSAN ONLINE
Najib Saksi Perjanjian Pembelian Enjin Pesawat Najib Saksi Perjanjian Pembelian Enjin Pesawat Reviewed by Unknown on September 22, 2016 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.