![]() |
KUMPULAN militan Daesh dipercayai melancarkan roket kimia ke atas tentera Amerika Syarikat yang berpangkalan di Iraq. – Foto Reuters |
WASHINGTON: Kumpulan militan Daesh dipercayai melancarkan roket kimia ke atas tentera Amerika Syarikat (AS) yang berpangkalan di Iraq, menurut tentera AS.
Menurutnya, roket yang mendarat beberapa ratus meter dari tentera AS di pangkalan udara Qayara berhampiran Mosul itu mungkin mengandungi ejen mustard.
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam serangan di pangkalan itu yang menempatkan ratusan tentera Amerika kelmarin.
Jika disahkan, ia akan menjadi serangan senjata kimia pertama ke atas tentera bersekutu di Iraq.
Tentera yang ditempatkan di pangkalan itu dilengkapi kemudahan terkini untuk menghadapi serangan kimia.
“Pada petang 20 September lalu, pangkalan udara Iraq di barat Qayara diserang,” menurut Pentagon dalam satu kenyataan.
“Ujian awal ke atas serpihan senjata yang digunakan itu menunjukkan ia positif mengandungi agen mustard. Ia mungkin sebuah roket atau mortar yang tidak tepat dan kasar.”
Menurut Pentagon, selepas proses menyahkan pencemaran, tiada anggota tentera yang menunjukkan sebarang tanda atau gejala terdedah kepada mustard. – Agensi
AS Siasat Serangan Kimia Terhadap Askar Di Iraq
Reviewed by Admin
on
September 22, 2016
Rating:

No comments: