KUCHING: Selepas hilang hampir 10 jam di sekitar kawasan hutan Sg Midin, kanak-kanak berusia 12 tahun dijumpai selamat lebih kurang jam 1 tengah hari tadi .
BACA: KANAK_KANAK 12 TAHUN DIKHUATIRI HILANG DI HUTAN SUNGAI MIDIN
Mangsa Mohd Fikri Wasli, 12 ditemui oleh pasukan bomba di dalam surau Sg Midin Semariang tidak jauh dari lokasi terakhir beliau dilihat.
Menurut jurucakap bomba, mangsa dijumpai bersembunyi dalam surau berkenaan selepas keluar dari rumah setelah dimarahi bapanya sekitar jam 7 petang semalam.
Berikutan penemuan tersebut, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan.-Sarawakiana
Kanak-Kanak Hilang Dijumpai Selamat
Reviewed by Unknown
on
October 26, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
October 26, 2016
Rating:

No comments: