Seo Services

Mahkamah Keluar Waran Tangkap Terhadap Lelaki Filipina


MIRI: Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki warga asing yang dituduh melakukan khianat kerana gagal hadir untuk sebutan kes semalam. Mahkamah memerintahkan waran tangkap ke atas tertuduh dikembalikan pada 16 November depan.

Diosa Boniface, 54, dari Calbayog City, Filipina didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh melakukan khianat dengan merosakkan pintu dan dinding sebuah bilik sewa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 12.30 tengah hari, pada 7 September lalu di sebuah lot, tingkat dua rumah kedai Pujut 7 di sini.-UB
Mahkamah Keluar Waran Tangkap Terhadap Lelaki Filipina Mahkamah Keluar Waran Tangkap Terhadap Lelaki Filipina Reviewed by Unknown on October 26, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.