KUCHING: Kementerian Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar (MOARE) yang merupakan gabungan tiga kementerian iaitu Kementerian Pemodenan Pertanian
(MOMA), Kementerian Pembangunan Tanah (MLD) dan Kementerian Pembangunan Luar
Bandar (MLD) yang diwujudkan untuk mendekatkan jurang sosio-ekonomi masyarakat
luar bandar dan bandar negeri Sarawak.
Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. berkata, Kementerian baru ini diwujudkan untuk membantu Sarawak mencapai wawasan dan
transformasi sosio-ekonomi sebagai sebuah negeri maju berpendapatan tinggi pada
tahun 2030.
“Dalam terma ekonomi, ini bermakna kita harus mencapai Pendapatan Dalam Negara
Kasar (KDNK) pada kadar RM82,600 pada tahun 2030.
“Untuk mencapai sasaran, ekonomi negeri haris berkembang pada kadar 6.5%
setahun tetapi, jika dibandingkan dengan sasaran kadar pertumbuhan 4.4% yang
telah dicapai beberapa tahun lalu, kita tidak boleh terus melakukan perkara yang
sama pada masa lalu,” jelas beliau ketika merasmikan Perrsidangan Pegawai
Senior (SOC) 2016 di sini, hari ini.
Tambah beliau, jurang pendapatan antara penduduk luar bandar dan bandar juga
harus dirapatkan. Pada tahun 2014, pendapatan isi rumah di kawasan bandar
adalah sejumlah RM6,075 manakala penduduk luar bandar hanya berjumlah RM3,387.
“Oleh itu, jawatankuasa transformasi sosio-ekonomi, yang merupakan satu
daripada tiga jawatankuasa kabinet telah diwujudkan oleh kerajaan negeri bagi
menyelia proses transformasi ekonomi negeri untuk merealisasikan wawasan
kerajaan dan proses transformasi ekonomi sentiasa berada di landasan yang
betul,” tegasnya.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar (Kawasan
Pedalaman) dan Perladangan Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis Tini, Menteri
Muda Luar Bandar (Pesisir) dan Perikanan Sarawak, Datuk Haji Julaihi Haji
Narawai, Menteri Muda Pertanian Sarawak, Encik Malcolm Mussen Lamoh dan
Setiausaha Tetap, Kementerian Pemodenan Pertanian & Ekonomi Luar Bandar
Sarawak, Datu Dr. Ngenang Jangu. - Sarawakiana
MOARE Rapatkan Jurang Sosio Ekonomi Bandar Dan Luar Bandar
Reviewed by Azmin
on
October 25, 2016
Rating:
Reviewed by Azmin
on
October 25, 2016
Rating:

No comments: