Seo Services

TPM Mahu Suruhanjaya Siasatan Ditubuhkan Siasat Kebakaran Di HSA


JOHOR BAHRU, 25 Okt (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan bagi menjalankan siasatan terperinci kejadian kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) hari ini yang mengorbankan enam nyawa.

"Hasil siasatan itu kemudiannya akan digunakan sebagai panduan kepada semua hospital di negara ini terutama bagi hospital yang perlu diubah suai atau dinaik taraf," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kebakaran dan menziarahi anggota keluarga mangsa.

Beliau menyentuh kepentingan aspek penyelenggaran termasuk sistem pendawaian dan keperluan menaik taraf struktur bangunan di hospital bagi mengelak kejadian serupa berulang.

Beliau menarik perhatian bahawa satu lagi perkara yang perlu diberi tumpuan ialah jalan-jalan menuju ke hospital.

-- BERNAMA
TPM Mahu Suruhanjaya Siasatan Ditubuhkan Siasat Kebakaran Di HSA TPM Mahu Suruhanjaya Siasatan Ditubuhkan Siasat Kebakaran Di HSA Reviewed by Azmin on October 25, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.