Seo Services

10 Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang Di Bintulu


BINTULU: Seramai 35 orang daripada 10 keluarga hilang tempat tinggal setelah rumah sewa dua tingkat mereka diami ranap dalam kebakaran berlaku di Jalan Sultan Iskandar (hadapan Pejabat Jabatan Kerja Raya Bintulu) sekitar jam 9.30 pagi semalam.

Menurut maklumat dikeluar jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, seramai 16 orang menggunakan sebuah jentera pemadam dan dua kenderaan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja menyelamat mangsa serta memadam kebakaran.

“Sejurus sampai di lokasi kejadian, bomba mendapati api sedang marak memusnah bangunan dua tingkat jenis kekal itu dan memulakan kerja memadam serta mengawal kebakaran,” ujarnya.

Jelasnya, pihak bomba menggunakan dua aliran dan dua pancutan nozel bagi menggelakkan api merebak ke rumah berdekatan.

“Api marak dengan begitu cepat sekali kerana bangunan dua tingkat terbabit diperbuat sepenuhnya daripada kayu,” katanya.

Apabila ditanya mengenai punca serta anggaran kerugian yang dialami oleh setiap keluara, beliau sebagai berkata bahawa segalanya masih lagi dalam siasatan pihaknya serta pihak berwajip lainnya.

Mujurlah jelasnya kebakaran ini tidak mengakibatkan sebarang kecederaan serta kemalangan jiwa kerana kesemua penghuninya berjaya menyelamatkan diri.

Katanya, difahamkan mangsa terjejas tinggal sementara di rumah sanak-saudara tinggal berhampiran sementara mencari tempat tinggal yang baharu.

Bagi mana-mana individu ingin menghulurkan bantuan buat mangsa terjejas boleh menghubungi Lisa Nyegang di talian 019-8054487.-UB
10 Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang Di Bintulu 10 Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang Di Bintulu Reviewed by Unknown on December 25, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.