Tanggal 24 Disember 2016 penulis awal pagi bergerak ke Kampung Pesang Padawan bersama keluarga untuk bersama keluarga yang beragama Kristian di sana. Awal pagi juga menghirup kopi 'O' panas kurang manis di rumah dan terasa segar setelah habis secawan kopi 'O'.
Setibanya di Pesang, kaum keluarga menyambut ketibaan kami sekeluarga sambil bersalaman antara satu sama lain yang sekian lama tidak berjumpa. Tahun ini nampak meriah sambutan Krismas memandangkan kesemua ahli keluarga pulang ke kampung.
Setelah berehat sebentar, kami berbincang sambutan Krismas dan agihan tugas yang perlu dilakukan. Seperti biasa penulis dan seorang ahli keluarga yan ditugaskan sebagai tukang masak memandangkan kami berdua beragama Islam.
Ahli keluarga bukan Islam menghormati dan menghargai sumbangan kami berdua sebagai tukang masak kerana mereka tahu hanya masakan Islam dapat dimakan oleh keseluruhan keluarga.
Ahli keluarga bukan Islam menghormati dan menghargai sumbangan kami berdua sebagai tukang masak kerana mereka tahu hanya masakan Islam dapat dimakan oleh keseluruhan keluarga.
Penulis dan ipar menggabungkan masakan kaum Bidayuh dan Melayu. Kali ini kambing panggang dijadikan menu utama dan ayam belanda dibakar dijadikan menu penting sambutan Krismas dan tidak lari daripada amalan mereka ketika makan malam sambutan Krismas.
Walaupun penulis beragama Islam dan ditugaskan sebagai tukang masak, apa yang terdapat dalam makanan sambutan krismas tidak akan ditinggalkan dan cuma ia diubah suai dan boleh dimakan bersama. Dalam hal sebegini perlu bertolak ansur supaya majlis makan malam dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah.
Beginilah kehidupan masyarakat di Sarawak apabila Krismas tiba, Perayaan lan seperti Gawai Dayak dan lain-lain turut disambut bersama tanpa mengira kaum dan agama. Amalan sebegini sudah lama diamalkan selepas kahwin campur berlaku dalam masyarakat Sarawak.
Bila tiba musim perayaan maka itulah hari keluarga untuk semua masyarakat Sarawak. Yang bukan Islam dapat duduk bersama semeja bersama yang Islam. Tiada masalah yang timbul kerana hormat menghormati tetap terpupuk dalam jiwa masyarakat Sarawak.-Sarawakiana
Aram Ngupi : Semua Perayaan Adalah Hari Keluarga Di Sarawak
Reviewed by Unknown
on
December 27, 2016
Rating:

No comments: