Seo Services

AXIS FC Kuasa Baharu Bolasepak Sarawak


KUCHING: Selepas pelbagai kejayaan dicapai sejak kebelakangan ini, AXIS FC boleh dilabelkan sebagai kuasa baharu dalam arena bola sepak tempatan.

Memetik laporan Utusan Borneo, presidennya, Fazzrudin Abdul Rahman turut berharap kelab tersebut mampu mencapi lebih banyak kejayaan pada masa akan datang apabila pelbagai kejayaan dicapai sepanjang tahun ini.

Malah menurutnya, kejayaan yang dicapai turut didorong usaha keras pengurusan dan pemain untuk mengangkat nama AXIS FC.

“Kita telah menjuarai Liga Bola Sepak Rakyat (LBR), Liga Kuching-LSC dan Piala Datuk Amar Abang Abdul Rahman Johari pada 2016. Semua ini hasil usaha gigih pihak pengurusan dan pemain AXIS FC sejak ia ditubuhkan pada 2009.

“Saya mahu AXIS FC pergi dengan lebih jauh dalam tempoh 10 tahun dari sekaran," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong juga mahu pemain menerapkan apa yang dipelajari semasa mewakili AXIS FC untuk berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Sementara itu, Timbalan Presiden Ahmad Zaki Zaidi berkata kejayaan AXIS FC pada 2016 amat bermakna kerana berjaya merangkul dua trofi berprestij meskipun baharu dua tahun menyertai Liga Kuching.

Selain itu, pihaknya juga berbangga dengan beberapa pencapaian sampingan kelab itu pada 2016 seperti pelantikan Fazzrudin sebagai wakil rakyat, kejayaan menjuarai LBR musim pertama, pemilihan Safri Amit sebagai jurulatih skuad SUKMA 2016 dan pemilihan dua pemain mereka dalam skuad senior Sarawak.

Tegas Zaki, aspek keharmonian sesama pemain yang sentiasa diterapkan pengurusan AXIS FC semasa berada di dalam dan di luar padang menjadi kunci kepada kejayaan gemilang kelab itu.

Pada majlis sama, Fazzrudin menyampaikan insentif kepada pemain selain memberi pengiktirafan Anugerah Presiden AXIS 2016 (kategori pengurusan) kepada Sahrizan Sahari dan Abang Mohamad Shaiful Abang Othman.-Sarawakiana
AXIS FC Kuasa Baharu Bolasepak Sarawak AXIS FC Kuasa Baharu Bolasepak Sarawak Reviewed by Unknown on December 29, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.