Seo Services

Lelaki Cuba Terjun Berjaya Dipujuk


KUCHING: Seorang lelaki berusia 23 tahun berjaya dipujuk pihak bomba daripada terjun dari bumbung sebuah rumah di Bandar Baru Samariang,  disini tengah hari tadi.

Menurut sumber, lelaki terbabit dilihat naik ke bumbung rumah teres berkenaan sebelum untuk terjun dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 12 tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus laporan diterima dari orang awam mengenai insiden berkenaan. 

"Pihak kami mengambil masa kira-kira 15 minit memujuk lelaki berkenaan supaya turun dari bumbung tersebut,"katanya.

Selepas berjaya dipujuk oleh pihak bomba lelaki berkenaan turun dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. -Sarawakiana
Lelaki Cuba Terjun Berjaya Dipujuk Lelaki Cuba Terjun Berjaya Dipujuk Reviewed by Unknown on December 26, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.