Seo Services

Malaysia Kekal Suarakan Hak Palestin Di PBB

Malaysia Kekal Suarakan Hak Palestin Di PBB
SEKALI pun Mesir menarik diri saat akhir dalam usul mendesak Israel menghentikan projek penempatan haram di wilayah Palestin, Malaysia tampil bersama New Zealand, Venezuela dan Senegal melobi deraf usaha tersebut di Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Resolusi ini mendesak Israel membatalkan semua pembangunan di kawasan kontroversi milik Palestin. Angka menunjukkan 500 ribu penduduk Israel menceroboh dan membangunkan kawasan perumahan di atas tanah milik rakyat Palestin di Tebing Barat.

Usaha kelmarin berjaya mendapat kelulusan 14 negara anggota UNSC. Ia satu kejutan besar. Apa lagi hanya Amerika Syarikat (AS) berpendirian berkecuali dalam proses itu.

Mesir menarik diri setelah Presiden baharu AS, Donald Trump campur tangan, selain berdepan tekanan dari Israel.

Selain berjaya mumujuk Mesir menarik diri, Trump turut cuba mendesak Washington menggunakan kuasa veto membatalkan resolusi tersebut.

Selepas lapan tahun, ini resolusi anti Israel yang pertama berjaya diterima tanpa veto AS selepas 14 daripada 15 anggota UNSC menyokong dokumen itu.

Bagi Malaysia, ini usaha konsisten sejak menyatakan sokongan kepada Plaestin sejak 1958.

“Ia hari kemenangan undang-undang antarabangsa, kejayaan untuk menolak penindasan dilakukan secara berleluasa oleh Israel selama ini,” kata Ketua Perunding Palestin, Saeb Erekat.

Israel sudah bertindak balas dengan mengumumkan pembatalan semua sumbangan kewangan kepada PBB. – Mynewshub.cc
Malaysia Kekal Suarakan Hak Palestin Di PBB Malaysia Kekal Suarakan Hak Palestin Di PBB Reviewed by Azmin on December 26, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.