SARIKEI: Seorang maut manakala enam lagi dilaporkan cedera termasuk seorang kanak-kanak selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan treler di Kilometer 25, Jalan Sarikei-Saratok petang semalam.
Menurut jurucakap bomba, sejurus menerima laporan, sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian di Bukit Sebangkoi pada jam lebih kurang 2.50 petang.
“Setibanya di lokasi kejadian, mendapati sebuah treler dan kereta Perodua Myvi mendapati pemandu tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak hospital.
Kesemua enam mangsa masing-masing tiga didalam treler termasuk seorang kanak-kanak dan tiga lagi bersama pemandu kereta dilaporkan mengalami kecederaan” katanya.
Mangsa dibawa ke Hospital Sarikei untuk mendapatkan rawatan dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.-Sarawakiana
Seorang Maut, Enam Cedera Kemalangan Libatkan Treler & Myvi
Reviewed by Unknown
on
December 27, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
December 27, 2016
Rating:

No comments: