Seo Services

Tarif Gas Sektor Bukan Tenaga Disemak Semula



KUALA LUMPUR: Gas Malaysia Bhd. mendapat kelulusan kerajaan untuk menyemak semula tarif gas asli bagi sektor bukan tenaga di Semenanjung Malaysia bermula 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2019.

Menurut Gas Malaysia, semakan itu selaras dengan rangka kerja Insentif Berasaskan Peraturan (IBR) yang menetapkan tarif asas untuk tempoh kawal selia tiga tahun bermula Januari tahun depan.

Jelasnya, rangka kerja itu turut membenarkan perubahan dalam kos gas untuk dilepaskan (GCPT) melalui mekanisme penyaluran kos gas setiap enam bulan.

“Bagi separuh pertama 2017, purata tarif asas diluluskan adalah RM26.71 untuk setiap juta unit termal British (MMBtu), diikuti RM28.05 MMBtu (separuh kedua 2017).

“Seterusnya diikuti RM30.90 dan RM31.92 MMBtu masing-masing pada separuh pertama dan kedua 2018,” jelas syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Tambah syarikat itu, pada 2019, tarif asas purata yang diluluskan ialah RM32.69 MMBtu untuk enam bulan pertama dan RM32.74 bagi enam bulan berikutnya.

Menurut Gas Malaysia lagi, di bawah mekanisme GCPT, satu rebat tarif sebanyak 40 sen setiap MMBtu akan diberikan kepada semua kategori tarif untuk tempoh Januari hingga Jun 2017.

“Ini diterjemahkan kepada tarif berkesan purata sebanyak RM26.31 setiap MMBtu iaitu pengurangan 2.74 peratus berbanding tarif purata sebelum ini.

“Tarif asas untuk tempoh kawal selia itu dijangka memberi sumbangan positif kepada kedudukan kewangan syarikat bagi tiga tahun kewangan akan datang,” ujarnya.- Utusan Malaysia
Tarif Gas Sektor Bukan Tenaga Disemak Semula Tarif Gas Sektor Bukan Tenaga Disemak Semula Reviewed by uMieySurianie on December 29, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.