KUCHING: Menepati ramalan awal Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu.
Beliau yang merupakan Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.8 Satok dijangka akan Mengangkat Sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak Ke-6 hari ini.
Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan ketika ditemui media berkata, dalam pertemuan tertutup bersama Yang Di Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Seri Abdul Taib Mahmud, semua Ahli Majlis Tertinggi PBB sebulat suara menyokong Datuk Amar Abang Johari untuk mengantikan tempat Allahyarham Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri.
Pertemuan berkenaan berlangsung di kediaman Persendirian Yang DiPertua Negeri di Demak Jaya, Jalan Bako kira-kira jam 11 pagi tadi.
Sumber yang dekat dengan kerajaan negeri memberitahu, beliau dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak keenam, di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, di Astana Negeri, di sini, pada jam 4 petang ini.
Abang Johari dilahirkan pada 4 Ogos 1950 berusia 66 tahun merupakan anak bongsu kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang pertama Tun Abang Haji Openg. -Sarawakiana

Abang Johari Ketua Menteri Sarawak Ke-6
Reviewed by Unknown
on
January 13, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
January 13, 2017
Rating:

No comments: