KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan Sisters In Islam (SIS) menyifatkan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, seorang pemimpin contoh yang sentiasa berusaha memupuk semangat toleransi antara rakyat berbilang kaum dan agama di Sarawak.
Ketika pentadbirannya, beliau memansuhkan penggunaan kategori 'lain-lain' dalam borang rasmi kerajaan dan menggantikannya dengan suku kaum Bumiputera Sarawak, seperti Dayak, Iban dan Bidayuh.
Menurut SIS, hak penganut agama selain daripada Islam, juga dijaga sehingga beliau mengambil pendirian yang berbeza dengan pemimpin di Semenanjung.
"Allahyarham Tan Sri Adenan juga menyokong kuat organisasi dan perjuangan SIS dalam membela hak wanita," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.
SIS turut menyifatkan pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar bukan sahaja kepada rakyat negeri Sarawak, tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia.
"SIS mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham atas pemergiannya dan akan menyambung perjuangan beliau dalam membela hak wanita," katanya.- BH
Adenan Perjuangkan Hak Rakyat, Kaum Dan Wanita - SIS
Reviewed by uMieySurianie
on
January 13, 2017
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
January 13, 2017
Rating:

No comments: