Gara-gara kontroversi bersama bekas kekasihnya pengacara Shenty Feliziana, nama Syazwan Zulkifly ditolak daripada terlibat dalam drama terbitan sebuah stesen televisyen.
Memetik laporan mStar online, Syazwan, 30, berkata, perkara itu diketahui baru-baru ini daripada sebuah produksi yang pada awalnya menawarkan dia untuk terlibat dalam sebuah drama yang bakal disiarkan stesen berkenaan.
"Pada mulanya saya terfikir juga kenapa sudah lama tiada sebarang tawaran drama untuk stesen TV itu dan saya anggap tiada rezeki tetapi baru-baru ini ada produksi yang menawarkan saya untuk terlibat dalam sebuah drama stesen itu.
"Mereka suruh saya datang uji bakat dahulu, kemudian beberapa hari selepas itu mereka hubungi saya dan beritahu nama saya ditolak dengan alasan saya pernah ada masalah dengan staf stesen berkenaan," katanya.
Luah Syazwan, dia kecewa kerana perkara tersebut merupakan masalah peribadi dan tiada berkaitan dengan kerjayanya sebagai seorang pelakon.
Pelakon terkenal dengan watak antagonis ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dia dikatakan memukul bekas kekasihnya itu pada November 2015.- MD
Digam Stesen TV Kerana Isu Pukul Bekas Kekasih
Reviewed by uMieySurianie
on
January 13, 2017
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
January 13, 2017
Rating:

No comments: