Seo Services

Duterte Mahu Gantung Pembunuh Lelaki Korea


MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte kelmarin memohon maaf kepada Korea Selatan selepas beberapa anggota polis membunuh seorang warganya dan berkata, dia mahu menggantung pegawai berkenaan sebelum menghantar kepalanya ke negara itu.

Duterte juga mendesak hukuman mati dilaksanakan semula di Filipina supaya dia boleh menggantung 20 penjenayah sehari termasuk anggota polis berkenaan.

Beberapa anggota polis ditangkap kerana disyaki menculik dan membunuh ahli perniagaan Korea Selatan, Jee Ick-joo di ibu pejabat polis di Manila pada Oktober lalu.

“Saya akan pastikan mereka (suspek) menerima hukuman paling berat.

“Anda kembalikan kuasa itu kepada saya semula dan saya akan hukum bunuh mereka. Saya akan gantung mereka satu hari nanti, 20 orang dalam satu hari,” tegasnya.

Kematian warga Korea Selatan itu berlaku ketika polis Filipina dikritik kumpulan hak asasi manusia dan ahli kongres yang mendakwa salah guna kuasa oleh polis semakin berleluasa.

Mengembalikan hukuman mati adalah antara janji Duterte, dan sekutunya di Kongres membentangkan draf undang-undang hukuman itu pada 30 Jun lalu, hari yang sama dia mengangkat sumpah sebagai presiden.

Draf itu yang masih dibahas mendakwa undang-undang sedia ada tiada kesan mencegah dan melemahkan sistem perundangan jenayah.

Filipina memansuhkan hukuman mati pada 2006 selepas menerima desakan hebat daripada kumpulan gereja dan hak asasi manusia.-Reuters
Duterte Mahu Gantung Pembunuh Lelaki Korea Duterte Mahu Gantung Pembunuh Lelaki Korea Reviewed by Unknown on January 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.