Seo Services

Google Sediakan AS$4j Bantu Mangsa Sekatan Visa AS

Image result for Google
CALIFORNIA: Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai, mengumumkan penubuhan dana krisis AS$4 juta (RM17 juta) untuk disalurkan kepada empat pertubuhan yang berusaha membantu mereka yang terjejas dengan perintah eksekutif Presiden Donald Trump yang menyekat kemasukan penduduk dari tujuh negara majoriti Islam. 

Dana itu mempunyai jumlah pokok AS$2 juta (RM8.86 juta) yang boleh dipadankan dengan jumlah hingga RM8.86 juta lagi yang disumbangkan pekerja, menjadikan jumlah keseluruhan AS$4 juta (RM17 juta), lapor USA Today. 

Ia bakal disumbangkan kepada Kesatuan Pembebasan Sivil Amerika (ACLU), Pusat Sumber Perundangan Pendatang, Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa dan UNHCR, yang membantu pendatang. 

Kempen itu didedahkan dalam memo yang dihantar Pichai dan disahkan jurucakap Google pada malam Ahad. 

Ia adalah kempen krisis terbesar Google dan eksekutif syarikat itu turut memberikan sumbangan secara individu kepada dana berkenaan. 

Geran diwujudkan sehari selepas Pichai membantah keras larangan kontroversi itu dan pengasas bersama syarikat itu, Sergey Brin, menyertai bantahan di lapangan terbang antarabangsa San Francisco. 

Eksekutif di firma terkemuka seperti Apple, Microsoft, Netflix, Uber, Airbnb dan Tesla Motors sudah pun mengkritik larangan itu, yang digantung sementara oleh Hakim Mahkamah Persekutuan di New York pada Sabtu. - AGENSI
Google Sediakan AS$4j Bantu Mangsa Sekatan Visa AS Google Sediakan AS$4j Bantu Mangsa Sekatan Visa AS Reviewed by Azmin on January 31, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.