Seo Services

Kempen Media Sosial Boikot Produk AS Di Mexico


MEXICO CITY: Kempen media sosial memulaukan produk Amerika Syarikat (AS) di Mexico dilancarkan berikutan rancangan Presiden Donald Trump membina tembok di sepanjang sempadan kedua-dua negara itu.

Kempen bermula dengan hashtag #AdiosStarbucks (Selamat Tinggal Starbucks) dan diikuti dengan syarikat lain, termasuk McDonalds, KFC, Walmart dan Home Depot.

Penganjur kempen menggesa rakyat negara itu memilih produk buatan tempatan berbanding keluaran Amerika.

Kelmarin, Trump mengeluarkan arahan eksekutif bertujuan mempercepatkan pembinaan tembok sepanjang sempadan Amerika-Mexico, yang dilihat sebagai usaha menunaikan janji ketika berkempen.

Semalam, Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto, berkata beliau tidak akan menghadiri pertemuan mengenai perdagangan dan pendatang dengan Trump seperti dijadualkan pada 31 Januari ini. - Agensi

Kempen Media Sosial Boikot Produk AS Di Mexico Kempen Media Sosial Boikot Produk AS Di Mexico  Reviewed by Unknown on January 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.