PARIS – Pengeluar barangan mewah, LVMH berkata, jenama Louis Vuitton menamatkan urus niaga dengan sebuah ladang di Vietnam yang didakwa kumpulan aktivis hak asasi haiwan PETA menzalimi buaya berikutan penggunaan kulit reptilia itu bagi membuat beg tangan dan aksesori.
“Kumpulan LVMH dan pembekalnya menghentikan semua urus niaga perdagangan dengan ladang dinamakan PETA pada 2014,” kata LVMH, sambil menambah ia mendapatkan sumber kulit buaya daripada pembekal lain di Asia.
Khamis lalu, PETA berkata, ia membeli saham dalam LVMH untuk membolehkannya memberi tekanan kepada syarikat Perancis itu supaya menghentikan jualan produk yang diperbuat daripada kulit haiwan eksotik.
Ia bukan kempen pertama PETA.
Pada 2015, ia mendakwa kumpulan pengeluar barangan mewah Hermes mendapatkan sumber kulit dari ladang buaya di Texas yang tidak mengendalikan reptilia itu dengan betul.
Pelakon dan penyanyi Jane Birkin bertindak balas dengan meminta Hermes mengeluarkan namanya daripada beg tangan terlaris syarikat itu.
Hermes menyiasat tuduhan itu dan memberi jaminan kepada Birkin bahawa ia mengenakan piawaian etika tertinggi dari segi cara pengendalian buaya oleh pembekal, selain pemeriksaan bulanan ke atas operasinya. – AGENSI/BH ONLINE
LV `Bercerai Kasih’ Dengan Ladang Buaya Vietnam
Reviewed by uMieySurianie
on
January 16, 2017
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
January 16, 2017
Rating:

No comments: