Seo Services

Mangsa Banjir Sabah Akan Diberi Wang Ehsan – Musa Aman


PITAS : Bantuan wang ehsan akan diberikan kepada mangsa banjir di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri akan menentukan bantuan wang ehsan itu bagi meringankan beban mangsa yang terjejas akibat banjir.

“Sementara ini, kita akan pastikan keselesaan mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan,” katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan banjir di sini, hari ini.

Sehingga kini, katanya, kira-kira 10 kawasan mengalami banjir di negeri ini.

Musa berkata bagi mangsa yang tidak mahu ke pusat pemindahan, beliau telah meminta agensi berkaitan untuk menghantar bantuan bekalan makanan dan keperluan harian menggunakan helikopter.

Selain itu, beliau berpuas hati dengan pengendalian pusat pemindahan banjir dan agensi berkenaan berjaya melaksanakan operasi banjir dengan lancar.

Sehingga 3 petang semalam, seramai 228 orang daripada 86 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Pitas dan Paitan.—BERNAMA
Mangsa Banjir Sabah Akan Diberi Wang Ehsan – Musa Aman Mangsa Banjir Sabah Akan Diberi Wang Ehsan – Musa Aman Reviewed by Unknown on January 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.