WASHINGTON: Bekas Presiden Barack Obama buat kali pertama bersuara selepas berundur dari Rumah Putih, memuji usaha penunjuk perasaan menyatukan seluruh negara untuk menentang perintah imigresen Presiden Donald Trump.
"Presiden pada dasarnya tidak bersetuju dengan diskriminasi terhadap individu hanya kerana kepercayaan dan agama mereka," kata jurucakap Obama, Kevin Lewis.
Dalam kenyataan pertamanya bagi pihak bekas presiden, Lewis berkata, Obama tersentuh dengan jumlah mereka yang terbabit dalam perkembangan di AS ini.
"Rakyat yang melaksanakan hak perlembagaan mereka untuk berhimpun, menganjur dan cuba menyuarakan pandangan mereka agar ia didengari oleh pihak yang dipilih adalah apa yang kita harapkan apabila nilai-nilai Amerika dipertaruhkan," kata Lewis. Lewis secara khususnya tidak merujuk perintah imigresen Trump.
Sebaliknya beliau menolak perbandingan ke atas tindakan Trump baru-baru ini dengan keputusan dasar luar Obama.
Trump berkata, beliau bertindak berpandukan isyarat Obama dengan mengharamkan sementara perjalanan rakyat daripada tujuh negara ke Amerika Syarikat yang dikenal pasti pentadbiran Obama sebagai kawasan keganasan yang membimbangkan.
Bagaimanapun, keputusan Obama adalah berkaitan syarat dan tapisan ketat untuk memasuki AS tanpa visa, beliau tidak pernah mempertimbangkan sebarang larangan perjalanan. - Agensi
Obama Bbersuara, Ppuji Protes Dasar Imigresen Trump
Reviewed by Azmin
on
January 31, 2017
Rating:
No comments: