Seo Services

Perkauman & Fitnah Mula Marak Dalam Politik Sarawak

Belum pun sampai tujuh hari Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pergi meninggalkan kita, bibit-bibit perkauman dan fitnah sudah mula marak dalam senario politik Negeri Sarawak.

Segalanya bermula sejurus pelantikan Abang Johari sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru, Jumaat lepas.

Seperti yang kita maklum, fitnah dan api perkauman merupakan musuh besar terutama sekali bagi negeri Sarawak yang terkenal dengan masyarakat berbilang kaum.

Unsur-unsur fitnah dan perkauman harus ditolak jauh. Ia boleh disamakan dengan perbuatan kurang siuman dalam masyarakat majmuk masa kini. Perpaduan dan keharmonian yang dinikmati kini merupakan tanggungjawab besar yang harus dijaga semua pihak sebaik mungkin.

Terdapat pihak tertentu yang seolah-olah lupa sejarah. Sarawak bukan tidak pernah ditadbir Ketua menteri dari bangsa dan agama yang berbeza-beza sebelum ini.

Ketua Menteri Sarawak yang pertama, Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan dan Ketua Menteri Sarawak yang kedua Dato’ Sri Penghulu Tawi Sli merupakan ketua menteri berbangsa Iban dan beragama Kristian.

Manakala Ketua Menteri Sarawak yang ketiga, Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’akub dan Ketua Menteri Sarawak yang keempat, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dari keturunan Melanau.

Sementara itu, Ketua Menteri Sarawak yang ke-lima, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan yang baru dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang ke-enam, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg pula datangnya dari keturunan Melayu.

Selain percubaan untuk menyalakan api perkauman, pihak berkenaan juga turut menyebarkan fitnah yang menyatakan Ketua Menteri Sarawak yang baru adalah ejen Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), hanya kerana Abang Jo berketurunan Melayu.

Abang Jo bukan mangsa pertama bagi fitnah seumpama ini malahan beberapa wakil rakyat lain seperti Datuk Seri Fadillah Yusof sebelum ini turut dituduh dengan perkara yang sama sedangkan kita sudah dimaklumkan, UMNO tidak akan melebarkan sayapnya ke Sarawak.

Kemasukan UMNO pastinya tidak sesuai dengan iklim politik negeri ini, malah Presiden parti itu yang juga Perdana Menteri Malaysia berulang-ulang menafikannya, dan menegaskan bahawa UMNO sama sekali tidak berhasrat untuk berkembang ke Sarawak kerana percaya pada kekuatan rakannya, Parti Bumiputra Bersatu (PBB).

Ironinya, mengapa kita orang Sarawak beriya-iya menuduh Abang Jo akan membawa UMNO ke Sarawak?

Menyentuh kaedah perlantikan Ketua Menteri, PBB sebagai tonggak Barisan Nasional (BN) Sarawak menggunakan sistem kaukus sebagai formula untuk mencapai kata putus dalam pemilihan ketua eksekutif kerajaan negeri Sarawak.

Sistem kaukus turut mengambil kira keputusan rundingan bersama parti komponen BN negeri. Kaukus juga perlu membuat perakuan kepada Yang Di-Pertua Negeri mengenai pelantikan Ketua Menteri Sarawak yang dalam kalangan anggota kaukus sendiri.

Jelas, dari keputusan yang telah dibuat, pelantikan ketua menteri adalah keputusan yang telah dipersetujui bersama. Keputusan tersebut juga tidak bersandarkan kaum atau etnik seperti yang didakwa.

Malangnya lantikkan itu dijadikan modal oleh golongan kecewa untuk bermain sentimen perkauman.

Selama ini kita mungkin hayal dengan tanggapan kita sendiri bahawa sentiment rasis hanya dari Malaya, politik perkauman hanya dari Malaya dan seolah-olah segala yang berkaitan kaum dan agama hanya dari Malaya? Tanpa kita sedar orang kita sendiri siang dan malam sedang giat menanam politik kebencian, memercik api kaum dan menyalakan sentimen agama. Lihat sahaja di media sosial!

Apakah rakyat Sarawak sendiri sudah bersikap lebih rasis dari apa yang mereka canang sebelum ini? Tepuk dada tanya selera, pencetus isu ini hanyalah batu api dari golongan yang kecewa.

Rakyat Sarawak yang berbilang bangsa sudah cukup matang dan mampu berfikir dengan jelas untuk menilai hakikat dan kebenaran.

Sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian, dakyah negatif sebegini harus kita tolak jauh-jauh. Abang Jo bukan Ketua Menteri untuk orang Melayu sahaja, beliau adalah Ketua Menteri untuk rakyat semua kaum dan agama di Sarawak. - Sarawakiana
Perkauman & Fitnah Mula Marak Dalam Politik Sarawak Perkauman & Fitnah Mula Marak Dalam Politik Sarawak Reviewed by Azmin on January 16, 2017 Rating: 5

4 comments:

  1. Apabila Asas Perpaduan Tidak kukuh. Lama kelamaan akan terserlah jua yg terbuku dihati.

    ReplyDelete
  2. Amat menarik komnter di atas ...keresahan diperlihatkan melanda Sarawak dengan iklim politik selepas pemergian Too Nan...terkadang pihak tertentu tidal meneliti sejarah keberadaan kaum dalam meneraju pucuk kepimpinan negeri...lantas ada suara sumbang yg mengatakan ketidakadilan dalam perlantikan Ketua Menteri...namun apa yang sedia maklum pemilihan pucuk pimpinan berdasarkan kaukus yang dipersetujui oleh parti yg mejoriti dalam sistem demokrasi...diharapkan rakyat memahami bukan memimbulkan prasangka..jadi bersikap sinks terhadap siapa yg dilantik ...yg penting mereka telah melalui proses pemilihan yg dipersetujui bersama...jadilah anak Sarawak seperti duly menidakkan suasana perkauman...rugi akibatnya jika ketenteraman tidal diasaskan...jgn melihat kepada NASA yg singkat ..renunglah sejauh jauhnya ..supaya usaha menjadikan Sarawak negeri maju menjelang tahun 2030 akan tercapai...sama samalah kita mendidik Dirk dan fikiran kita seperti bersaudara....sekadar lontaran padangan..
    D

    ReplyDelete
  3. Pelantikan CM baru kita ini sebijik dan serupa UMNO.. terlalu tergesa gesa.. kenapa tidak menunggu sehingga habis hari berkabung? Adalah sangat tidak beradap dan menunjukkan tauladan yang tidak baik mencemarkan adat budaya orang borneo terutama kaum mejoriti..

    ReplyDelete
  4. Rakyat sarawak x kisah berapa belanja pengkebumian allahyalham. Allahyalham patut terima apa yg d pejuangkannya utk rakyat.

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.