Seo Services

Aram Ngupi: Hina Kematian, Tindakan Gila

Masyarakat hari ini sudah tidak mengenali perkara yang baik dan buruk apabila sering mengikut perasaan bila mengeluarkan kenyataan lebih-lebih lagi di laman sosial. Perasaan hormat sudah terhakis berkemungkinan faktor penyebab apabila terpengaruh dengan dakyah yang cuba menghasut untuk membenci pemimpin mahupun kerajaan.

Isu berbangkit menjadi perbualan netizen termasuk di kedai Meet And Eat. Penulis minum kopi 'O' panas kurang manis sambil mendengar beberapa orang pelanggan bercakap soal penyakit menghina pemimpin yang kembali ke Rahmatullah termasuk pelajar sekolah yang telah memuat naik status Facebook yang menghina pemergian Allahyarham Tok Nan.

Walaupun sudah beberapa individu ditangkap polis, namun isu berkenaan menjadi ketidakpuasan hati netizen yang menganggap individu terbabit sebagai bertindak gila dan kurang ajar. Atas dasar apa mereka sanggup menghina sedangkan mereka tetap bernaung di bawah kepimpinan Allahyarham serta mendapat faedah apa yang telah diperjuangkan termasuk penuntut di sekolah-sekolah seluruh Sarawak.

Bagi mereka, individu sebegini mempunyai penyakit mental yang kronik kerana sudah terhakis rasa hormat kepada pemimpin di samping mereka mempunyai perasaan membenci yang teramat sangat akibat terpengaruh dakyah pihak tidak bertanggungjawab. Perkara sebegini perlu ditangani dengan segera sebab satu hari nanti masyarakat akan menjadi kurang ajar dan tidak hormat sesiapa pun.

Ternyata dakyah yang negatif sudah menular dalam jiwa segelintir individu yang saban hari tertanam dengan unsur kebencian yang mungkin satu hari nanti akan meruntuh segala tatasusila masyarakat yang penuh dengan keberadaban selama ini. Hakikatnya gila bukan hanya didapati dalam satu aspek sahaja tetapi gila mempunyai pelbagai cabang berlainan termasuk penghinaan kepada kematian pemimpin.-Sarawakiana
Aram Ngupi: Hina Kematian, Tindakan Gila Aram Ngupi: Hina Kematian, Tindakan Gila Reviewed by Unknown on January 16, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.