Seo Services

Polis Sarawak Siasat Individu Lagakan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat


KUCHING: Polis Sarawak memulakan siasatan keatas pengendali Facebook yang memuat naik status mencemar nama baik Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dengan sengaja mencetus kontroversi melagakan kerajaan negeri dan kerajaan pusat dibawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam kenyataan yang dimuat naik menyatakan Ketua Menteri Sarawak memberi amaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak agar meneruskan rundingan proses penurunan kuasa atau BN Sarawak dibubarkan dan menubuhkan kerajaan baharu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dato’ Dev Kumar berkata, siasatan tersebut dilakukan susulan laporan polis pada jam 3 petang semalam di Balai Polis Sentral Kuching, berhubung status berkenaan.

"Bagaimanapun, Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada hari Selasa lalu membuat penafian rasmi mengenai isu terbabit yang tular di media sosial", katanya.

Dev menambah pihaknya kini menjalankan siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.-Sarawakiana
Polis Sarawak Siasat Individu Lagakan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat Polis Sarawak Siasat Individu Lagakan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat Reviewed by Unknown on January 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.