KUCHING: Sebanyak 32 laporan polis dari 11 daerah terhadap pemilik akaun Facebook yang memuatnaik komen penghinaan dan fitnah terhadap kematian Allahyarham Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sejak semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah SAC Dato Dev Kumar berkata, setakat jam 5 petang tiada tangkapan dibuat oleh pihaknya.
“Suspek yang ditahan awal pagi tadi di Landeh, Padawan direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 15 Januari dan akan dibawa ke Sibu untuk menjalani siasatan lanjut berikutan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sg. Merah malam tadi,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Kes akan disiasat Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia. -Sarawakiana
Polis Terima 32 Laporan Fitnah Allahyarham Ketua Menteri
Reviewed by Unknown
on
January 12, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
January 12, 2017
Rating:

No comments: