ALOR SETAR - Sebanyak 25,000 keping tiket percuma perlawanan Liga Super antara Kedah dan Sarawak habis diedar dalam masa satu jam sahaja di kaunter Stadium Darul Aman di sini hari ini.
Sebahagian penyokong setia pasukan Kedah mula mengambil tempat beratur di stadium tersebut sejak pukul 12 malam tadi untuk memastikan mereka mendapat tiket percuma tersebut.
Bagaimanapun, pekarangan stadium itu mula penuh dengan orang ramai yang beratur untuk mendapat tiket percuma itu seawal pukul 6 pagi ini.
Tiket percuma itu mula diagihkan pada pukul 10 pagi dan habis kira-kira sejam kemudian.
Sementara itu, kira-kira 1,000 penyokong skuad Helang Merah yang gagal mendapatkan tiket perlawanan tersebut bertindak merobohkan besi penghadang yang disediakan di kuanter tiket tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu Masuk Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Shaharol Niza Omar berkata, walaupun KFA mengumumkan penonton diberi masuk percuma untuk menyaksikan perlawanan pertama Liga Super 2017 di Stadium Darul Aman di sini antara Kedah dan Sarawak tetapi mereka perlu mendapatkan tiket terlebih dahulu.
"Langkah tersebut diambil untuk menjaga keselamatan penonton memandangkan kapasiti stadium itu hanya 25,000 orang sahaja," katanya. K! ONLINE
Tiket Percuma Habis Dalam Masa Sejam
Reviewed by Unknown
on
January 27, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
January 27, 2017
Rating:

No comments: