PARIS: Pengkaji astronomi mengumumkan penemuan tujuh planet mengagumkan menyerupai bumi sekali gus menjanjikan potensi menemui kehidupan di luar Sistem Suria.
Menurut laporan jurnal Nature, secara kasar, tujuh planet itu sepadan dengan saiz dan jisim bumi serta muka bumi berbatu.
Tiga daripadanya berada pada kedudukan sempurna, sesuai untuk menghasilkan air yang penting kepada hidupan.
Kedudukannya yang dekat dengan bumi dan bintang kerdil merahnya digelar Trappist-1, akan membolehkan ahli astronomi memahami sifat atmosfera setiap planet, sekali gus mencari bukti kimia wujudnya sebarang aktiviti biologi.
Penulis bersama kajian dan saintis di Universiti Cambridge, Amaury Triaud, berkata pihaknya merintis langkah penting ke arah mencari kehidupan di luar sana.
"Sehingga kini, saya tidak fikir kita mempunyai planet yang tepat untuk mengetahuinya. Sekarang, kita mempunyai sasaran yang betul," katanya kepada media.
Sistem Trappist-1, yang hanya sejauh 39 tahun cahaya, mempunyai bilangan planet bersaiz bumi terbesar yang mengorbit satu bintang tunggal. - AFP
Ahli Astronomi Temui Tujuh Planet Menyerupai Bumi
Reviewed by Unknown
on
February 23, 2017
Rating:
No comments: