Seo Services

Aram Ngupi: Sediakan Payung Sebelum Hujan


Berjumpa rakan yang bekerja sebagai tukang buat rumah di sebuah kedai kopi sambil hirup kopi 'O' panas kurang manis.

Hampir seluruh Sarawak beliau telah jelajah hanya kerana memenuhi permintaan penduduk yang mahu beliau membina rumah untuk mereka. Bukan kepakaran beliau yang diceritakan tetapi kebijaksanaan masyarakat yang mahukan rekabentuk rumah yang sesuai.

Beliau berpendapat masyarakat di Sarawak lebih bijak bila hendak mendirikan sebuah rumah. Pertama kali mereka akan melihat kawasan berkenaan dan meminimumkan kos pembinaan.

Katanya, pertama kali yang diambil berat ialah kawasan tersebut sering dilanda banjir atau tidak. Jika banjir, mereka lebih gemar membina rumah bertiang dan bukan duduk atas tanah. Ini kerana kos untuk menembok tanah adalah mahal.

Cukup sekadar menembok tanah sebagai jalan menuju ke kaki tangga dan tempat letak kenderaan. Masyarakat dahulu lebih gemar buat rumah tinggi disebabkan mengelak daripada banjir dan musuh.

Pada masa sama struktur pembinaan rumah tinggi impaknya dapat menyelamat harta benda dalam rumah dan menjimatkan kewangan kerajaan yang terpaksa membantu mangsa banjir yang mengalami kerosakan harta benda.

Beliau turut bersetuju projek pembinaan rumah spektra yang akan dibina di Lundu. Rumah bertiang tinggi yang lebih selamat jika dilanda banjir dan penduduk tidak mengalami kerugian harta benda.

Katanya, seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan dan bijak bertindak terlebih dahulu sebelum mengalami kerugian yang besar.-Sarawakiana
Aram Ngupi: Sediakan Payung Sebelum Hujan Aram Ngupi: Sediakan Payung Sebelum Hujan Reviewed by Unknown on February 23, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.