Seo Services

Astro Memohon Maaf


KUALA LUMPUR: Astro memohon maaf terhadap tindakan kumpulan Zero memakai pakaian tradisional kaum wanita Iban dalam Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017 minggu lalu sehingga menimbulkan kemarahan segelintir penduduk Sarawak.

Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Salleh mengakui pihaknya terlepas pandang bahawa tindakan itu menyentuh sensitiviti kaum Iban di negeri itu.

"Bagi pihak MLM, kami ingin memohon maaf kepada semua yang terkesan khususnya masyarakat Iban di atas persembahan kumpulan Zero di minggu pertama program MLM.

"Persembahan yang bertujuan untuk menonjolkan keunikan tarian Sarawak dan seni sumpit itu amat kami kesali akibat ketidakpekaan mengenai kebudayaan tradisional kaum Iban.

"Pihak kami memandang serius perkara ini dan akan lebih peka dengan setiap persembahan yang bakal disampaikan di pentas MLM.

"Terima kasih kepada semua penonton yang terus memberi sokongan padu kepada program berkenaan," katanya kepada Harian Metro.

Minggu lalu, kumpulan Zero mendapat kecaman penduduk Sarawak apabila dikatakan mempersenda pakaian tradisi kaum Iban. Ramai turut menggesa penyertaan kumpulan itu dalam rancangan terbabit ditarik balik.-myMetro
Astro Memohon Maaf Astro Memohon Maaf Reviewed by Unknown on February 23, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.