Seo Services

Guru Islam Britain Dihalang Ke AS

LONDON: Seorang guru Islam Britain berketurunan Bangladesh, yang dalam rangka lawatan sekolah ke New York dilarang memasuki Amerika Syarikat (AS) walaupun memiliki visa sah. 

Juhel Miah, 25 dan sekumpulan pelajar serta guru lain mahu berlepas dari Reykjavik, Iceland pada 16 Februari lalu ke AS apabila beliau diarah keluar dari kapal terbang. 

Seminggu sebelum kejadian itu, Mahkamah Rayuan AS mengekalkan keputusan menggantung arahan eksekutif Presiden Donald Trump, yang melarang sementara kemasukan rakyat tujuh negara majoriti Islam ke negara itu. 

Miah dipetik sebagai berkata, bagasi beliau dirampas dan dipaksa menginap di 'hotel teruk' sebelum pihak berkuasa sekolah menempah tiket untuk beliau pulang semula ke United Kingdom (UK). 

"Kami pergi ke lapangan terbang dan sebaik hendak mendaftar masuk, seorang wanita di kaunter membaca pasport saya dan kemudian terus berkata saya perlu menjalani pemeriksaan keselamatan rawak. 

"Dia membawa saya ke satu bilik, mengarah saya berdiri di atas bangku, menanggalkan kasut dan jaket saya, memeriksa bawah kaki, tangan, beg dan pakaian saya. 

"Mereka memberi pelepasan dan saya keluar. 

Pemeriksaan dilakukan kira-kira lima minit. Ada lima atau enam orang di dalam bilik itu, dua daripadanya memeriksa saya," katanya. 

Miah dibenarkan memasuki pesawat tetapi kemudian dihampiri seorang pegawai wanita yang meminta beliau mengikutnya. 

"Semua orang melihat saya. Pegawai itu kemudian memaklumkan, saya tidak boleh menaiki pesawat (ke New York)," kata Miah. 

Lawatan itu diteruskan seperti dirancang tetapi ia menyebabkan pelajar serta rakannya terkejut dan tertekan. - Hindustan Times
Guru Islam Britain Dihalang Ke AS Guru Islam Britain Dihalang Ke AS Reviewed by Azmin on February 23, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.