PUTRAJAYA, 22 Feb (Bernama) -- Kerajaan mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk membuat rayuan terhadap keputusan bersejarah Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Sekyen 3 (3) Akta Hasutan 1948 sebagai tidak mengikut perlembagaan.
Sekyen itu menghapuskan keperluan bagi pendakwaan untuk membuktikan niat seseorang yang didakwa menghasut.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membenarkan permohonan kerajaan itu selepas peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili Anggota Dewan Undangan Negeri Sri Muda Mat Shuhaimi Shafiei tidak membantah terhadap permohonan rayuan itu. - BERNAMA
Kerajaan Dapat Kebenaran Rayu Keputusan Isytihar Peruntukan Akta Hasutan
Reviewed by Azmin
on
February 22, 2017
Rating:
No comments: