Seo Services

Pelakon Ary Malik Meninggal Dunia


DUNIA hiburan tanah air sekali lagi menerima berita sedih apabila pelakon dan personaliti TV, Ary Malik disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Ary, 46, yang sebelum ini dilaporkan kritikal akibat menghidap kanser ovari tahap empat menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang kira-kira jam 2 petang.

Berita pemergian ini disahkan oleh HLive menerusi laman Twitter.

“Takziah. Ary Malik telah meninggal dunia sekitar jam 2.00 petang hari ini, Selasa 28 Feb 2017 di Hospital Ampang akibat kanser ovari. #hlive” tulisnya.

Semalam, suami Ary, Shahrul Nizam Shaharuddin, memaklumkan masih lagi menunggu pemeriksaan doktor pakar memandangkan isterinya masih lagi tidak sedarkan diri sejak beberapa hari lalu.

Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik disahkan menghidap kanser itu sejak setahun lalu.

Bekas pengacara MTV ini pernah menjalani pembedahan bagi membuang kanser terbabit di Hospital Tuanku Mizan,Wangsa Maju, Mei lalu.

Allahyarhamah meninggalkan tiga anaknya iaitu Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11. – MYNEWSHUB.CC
Pelakon Ary Malik Meninggal Dunia Pelakon Ary Malik Meninggal Dunia Reviewed by Unknown on February 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.