Seo Services

Ringgit Dibuka Lebih Tinggi


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS disokong sentimen pasaran positif, kata peniaga. 

Pada jam 9 pagi, ringgit disebut kepada 4.4480/4520 berbanding dolar AS daripada 4.4510/4540 semalam. 

Peniaga berkata, laporan bahawa harga minyak dijangka meningkat sehingga AS$70 setong mewujudkan momentum positif dan ia memberi manfaat kepada negara pengeksport minyak termasuk Malaysia. 

"Bagaimanapun, peniaga memerhati keputusan mesyuarat Rizab Persekutuan yang menyimpulkan prospek kenaikan kadar faedah pada Mac," kata peniaga. 

Berbanding mata wang utama lain, ringgit didagangkan bercampur-campur. 

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1417/1450 daripada 3.1365/1406 pada Rabu dan lemah berbanding euro kepada 4.6931/6991 daripada 4.6776/6812 semalam. 

Ringgit mengukuh berbanding yen kepada 3.9290/9336 daripada 3.9334/9371 semalam dan meningkat berbanding pound British kepada 5.5311/5378 daripada 5.5366/5421 pada Rabu. - BERNAMA
Ringgit Dibuka Lebih Tinggi Ringgit Dibuka Lebih Tinggi Reviewed by Azmin on February 23, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.