Seo Services

Sebut Bom, Jurutera Dari Sarawak Ditahan


KOTA KINABALU: Seorang jurutera ditahan selepas menyatakan begnya mengandungi bom ketika mendaftar di kaunter masuk bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, hari ini.

Dalam kejadian 7.35 pagi itu, lelaki berusia 40 tahun itu mahu menaiki pesawat ke Brunei bersama kakaknya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan mendapati lelaki itu menyebut perkataan 'bom' ketika pekerja di kaunter daftar masuk bagasi bertanya isi kandungan beg dibawanya.

"Pekerja itu kemudian membuat laporan polis dan pemeriksaan beg dibawanya tiada barang menyalahi undang-undang," katanya di sini, hari ini.

Chandra berkata, suspek kemudian ditahan dan begnya dirampas untuk siasatan lanjut.

"Suspek yang berasal dari Sarawak dan menetap di Brunei, kini ditahan di lokap berpusat Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.-myMetro
Sebut Bom, Jurutera Dari Sarawak Ditahan Sebut Bom, Jurutera Dari Sarawak Ditahan Reviewed by Unknown on February 22, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.