Seo Services

Wall Street Jatuh Akibat Harga Minyak Lemah

NEW YORK: Saham Amerika Syarikat (AS) jatuh hari ini kerana penurunan harga minyak memberi kesan kepada sektor tenaga, manakala pelabur menunggu minit mesyuarat dasar Rizab Persekutuan (Fed) terbaru untuk petunjuk mengenai tarikh kenaikan kadar faedah akan datang. 

Harga minyak jatuh 1.2 peratus kepada AS$55.99 kerana dolar mencatat pengukuhan. 

Sektor tenaga S&P 500 susut 0.64 peratus dan adalah penurunan tertinggi dalam indeks yang lebih luas. 

Pelabur memberi tumpuan kepada minit mesyuarat Fed pada 31 Januari hingga 1 Februari lalu, yang dijangka dikeluarkan pada 1900 GMT. 

Pembuat dasar, termasuk Pengerusi Fed, Janet Yellen, membayangkan kemungkinan kenaikan kadar lebih awal daripada dijangka. 

Namun, peniaga menjangka peluang yang tipis untuk pergerakan kadar faedah sehingga Jun, walaupun dengan latar belakang data ekonomi yang kukuh.

Kemungkinan kenaikan kadar faedah berada pada 22 peratus bagi Mac, 47 peratus bagi Mei dan 69 peratus pada Jun, menurut data Thomson Reuters. 

"Pasaran telah menjangkakan kenaikan kadar faedah dan mengalu-alukannya," kata Andre Bakhos, pengarah urusan di Janlyn capital di Bernardsville, New Jersey. 

"Tetapi satu perkara yang boleh menjejaskan ialah jika ia datang dengan tiba-tiba." 

Juga di fikiran pelabur adalah bagaimana Fed melihat ketidakpastian mengenai dasar ekonomi di bawah Presiden Donald Trump. 

Janji Trump untuk melaksanakan pembaharuan cukai dan kawal selia serta rangsangan fiskal telah meningkatkan keyakinan pelabur, membantu menaikkan Wall Street ke paras tertinggi. 

Pada 09:41 waktu tempatan, Dow Jones industrial average susut 43.27 mata, atau 0.21 peratus, pada 20,699.73, S&P 500 susut 6.28 mata atau 0.26 peratus pada 2,359.1 dan Nasdaq Composite susut 14.64 mata, atau 0.25 peratus pada 5,851.31. - Reuters
Wall Street Jatuh Akibat Harga Minyak Lemah Wall Street Jatuh Akibat Harga Minyak Lemah Reviewed by Azmin on February 23, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.