KUALA LUMPUR – Sebutan kedua kes permohonan cerai Adi Putra terhadap isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof ditangguhkan selepas pelakon itu gagal hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Jumaat.
Kes berkenaan sepatutnya disebut didepan Hakim Izzat Syazli Mushid sekitar pukul 9.30 pagi.
Difahamkan Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 36, memberitahu bahawa dia tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu.
Hakim akan menetapkan satu tarikh lain bagi sebutan kes berkenaan selepas perbincangan dibuat dengan plaintif.
Kes tersebut dibacakan kali pertama pada awal bulan ini.
Adi yang berasal dari Singapura berkahwin dengan Zuhaidah atau Aida pada 14 April 2006.-mStar
Adi Putra Tidak Hadir Pada Tarikh Perbicaraan Di Mahkamah Syariah
Reviewed by Unknown
on
March 31, 2017
Rating:
No comments: