Seo Services

Dua Wanita Didakwa Bunuh Warga Korea Utara



SEPANG: Dua wanita warga asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas dakwaan membunuh warga Korea Utara, Kim Chol.

Warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, dan warga Indonesia, Siti Aishah, 25, kelihatan tenang apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Vietnam dan Indonesia secara berasingan.

Pertuduhan dibacakan di hadapan hakim yang bertindak sebagai Majistret, Harith Syam Mohamed Yasin, di Mahkamah Majistret di sini.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes adalah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan 13 April untuk sebutan semula sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pihak pendakwaan diwakili Pengarah Pendakwaan Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad.

Siti Aishah diwakili peguam Gooi Soon Seng manakala Thi Huong diwakili peguam S Selvam.-BH
Dua Wanita Didakwa Bunuh Warga Korea Utara Dua Wanita Didakwa Bunuh Warga Korea Utara  Reviewed by Unknown on March 01, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.