Seo Services

Geng Pian John 'tersembam'



Kuala Terengganu: Polis menahan enam ahli Geng Pian John yang aktif memecah masuk rumah di sekitar bandar raya ini dalam empat serbuan berasingan.

Enam suspek berusia 24 hingga 40 tahun termasuk ketuanya dikenali sebagai Pian ditahan bermula 21 hingga 28 Februari lalu di sekitar bandar raya ini.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Suffian Sulaiman berkata, siasatan mendapati suspek terbabit dalam lapan kes pecah rumah di sekitar Kuala Ibai dan Bandaraya Kuala Terengganu.

Beliau berkata, kumpulan yang bergiat aktif sejak Oktober tahun lalu mensasarkan rumah yang tidak berpenghuni dengan memecah masuk pada waktu malam.

"Susulan penahanan ini, kita berjaya merampas pelbagai barang seperti komputer riba, beg galas, televisyen dan beberapa peralatan pecah rumah termasuk sabit, kuku kambing, pisau dan pahat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, tadi.-HM
Geng Pian John 'tersembam' Geng Pian John 'tersembam' Reviewed by Unknown on March 01, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.