Seo Services

Harga Minyak Dunia Ditutup Tinggi

Image result for Oil rig worker
NEW YORK: Harga minyak meningkat untuk hari ketiga berturut-turut semalam dengan mencecah paras tertinggi dalam tempoh tiga minggu. 

Ia didorong oleh sokongan Kuwait untuk melanjutkan langkah pengurangan pengeluaran Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bagi mengurangkan lebihan bekalan global. 

Menteri Minyak Kuwait, Essam al-Marzouq, berkata negaranya antara beberapa negara yang menyokong lanjutan langkah OPEC dan pengeksport minyak lain untuk mengehadkan pengeluaran, demikian mengikut laporan agensi berita Kuwait, KUNA. 

Harga minyak mentah Brent naik 54 sen atau kira-kira satu peratus kepada AS$52.96 setong selepas mencecah AS$53.10. 

Harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) ditutup 84 sen atau 1.7 peratus lebih tinggi kepada AS$50.35 setong selepas mencecah AS$50.47. 

Kedua-dua kontrak penanda aras itu mencecah paras tertinggi sejak 9 Mac. 

Dalam beberapa minggu lalu, angka inventori yang tinggi daripada dijangkakan mendorong spekulator mengurangkan pegangan mereka. - Reuters
Harga Minyak Dunia Ditutup Tinggi Harga Minyak Dunia Ditutup Tinggi Reviewed by Azmin on March 31, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.