Seo Services

Heroin RM35, 000 Dirampas


IPOH : Polis Perak menahan lelaki dan merampas dadah heroin seberat 2.2 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM35,000 di Kamunting, 10.45 malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak Asisten Komisioner VR Ravi Chandaran dalam sidang media di sini, hari ini berkata, sepasukan pegawai dan anggota JSJN bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping mengesan kegiatan suspek berikutan menerima maklumat awam.


Katanya, suspek berusia 25 tahun yang menunggang motosikal ditangkap ketika cuba menjalankan aktiviti pengedaran dadah di hadapan pasar mini di Kamunting.

"Pemeriksaan lanjut menemui lima bungkus plastik mengandungi dadah heroin dengan anggaran berat 2.2 kg.

"Suspek dipercayai mengedar dadah untuk pasaran di Taiping dan sekitar Kerian," katanya.

Beliau berkata, suspek kini direman sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-HM
Heroin RM35, 000 Dirampas Heroin RM35, 000 Dirampas Reviewed by Unknown on March 31, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.