INDONESIA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) akan mengembalikan semula penangguhan ke atas hukuman mati, jika mendapat sokongan rakyat selepas beberapa siri hukuman mencetuskan kecaman masyarakat antarabangsa.
"Kenapa tidak? Tetapi saya perlu bertanya kepada rakyat dahulu. Jika mereka luluskan dan kata ya, saya akan mula lakukan perse-diaan," katanya ketika ditemu bual media.
Jokowi bagaimanapun berkata, adalah sukar untuk mendapatkan sokongan Parlimen jika penangguhan itu tidak mendapat sokongan orang ramai.
Penggantungan ke atas hukuman mati akan menjadi langkah pertama ke arah menghapuskan hukuman tersebut, satu usaha yang memerlukan kelulusan di Parlimen yang telah membincangkan mengenai perkara itu sejak tahun lalu.
Selepas mengambil alih jawatan pada 2014, Jokowi mengisytiharkan kempen anti dadah besar-besaran dan menegaskan hukuman mati kepada pesalah.
Dalam satu kajian pada 2015, kira-kira 85 peratus rakyat negara itu menyokong langkah kerajaan mengenakan hukuman mati kepada pesalah dadah.
Sejak menamatkan tempoh penggantungan tiga tahun lalu, Indonesia telah melaksanakan hukuman mati terhadap 18 pesalah dadah, di mana 15 daripada mereka adalah rakyat asing, lapor Agensi.- SH
Indonesia Pertimbang Larang Hukum Mati
Reviewed by uMieySurianie
on
March 30, 2017
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
March 30, 2017
Rating:

No comments: