SEPANG: Kompleks Mahkamah Sepang menjadi tumpuan dunia apabila pengamal media dari seluruh negara berkampung di sini bagi mengikuti perkembangan pertuduhan kes berprofil tinggi membabitkan pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam.
Selain media tempatan, wakil dari pelbagai negara antaranya Korea Selatan, Jepun, Taiwan, China dan Singapura mula berkumpul di luar kompleks mahkamah seawal jam 6 pagi.Setakat ini, dua suspek wanita yang dipercaysi akan didakwa pagi ini belum kelihatan.
Pada masa sama, belum dapat dipastikan sama ada merema sudah dibawa masuk sejak awal lagi atau sebaliknya.Ketika ini, semua petugas media sedang beratur di luar pagar kompleks mahkamah untuk mendapatkan pas masuk ke dalam mahkamah.
Kawalan keselamatan di perkarangan kompleks mahkamah juga kelihatan lebih ketat berbanding biasa, dengan kehadiran anggota polis. - BH
Kompleks Mahkamah Sepang Jadi Tumpuan Dunia
Reviewed by Azmin
on
March 01, 2017
Rating:
No comments: