Seo Services

Skandal Rasuah: Bekas Presiden Korea Selatan Ditahan


SEOUL: Bekas Presiden Korea Selatan yang digulingkan, Park Geun-hye tiba di pusat tahanan dekat sini, selepas mahkamah mengarahkan dia ditahan atas tuduhan rasuah dan skandal penyalahgunaan kuasa.

Mahkamah Daerah Tengah Seoul yang mengeluarkan arahan penahanan Geun-hye juga menyebut bekas pemimpin itu turut dituduh kerana memaksa dan membocorkan rahsia kerajaan.

Penahanannya dibuat selepas perbicaraan yang berterusan pada hari sebelumnya.

"Ia adalah wajar dan perlu untuk menahan (Geun-hye) sebagai suspek utama selepas diputuskan dan terdapat risiko bukti bakal dimusnahkan," kata mahkamah dalam kenyataan.

Rakaman televisyen menunjukkan bekas pemimpin itu kelihatan sugul dan hanya memandang ke hadapan sebaik meninggalkan pejabat pendakwa raya untuk penahanannya.

Geun-hye tiba di penjara dengan menaiki kereta sedan hitam sekitar jam 4.45 pagi waktu tempatan.

Kira-kira 50 penyokong berada di pintu untuk menyambut kedatangannya sambil mengibarkan bendera dan melaungkan slogan menuntut pembebasannya.

Pemimpin berusia 65 tahun itu adalah bekas pemimpin ketiga yang ditangkap atas kesalahan rasuah di negara ekonomi keempat terbesar Asia itu. - AFP

Skandal Rasuah: Bekas Presiden Korea Selatan Ditahan Skandal Rasuah: Bekas Presiden Korea Selatan Ditahan  Reviewed by Unknown on March 31, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.